drama bukan gila tingkatan 5 lengkap
1.0 Sinopsis
Drama ini mengisahkan tengtang Azmir
yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar.Sewaktu di wad
tersebut,azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani.Azmir telah
meminta Ani membawa keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di
tempat itu.
Kemudian,Azmir berkhayal lagi
tenteng kehadiran ayahnya.Belau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil
Ani untuk mengusir ayahnya.ayahnya mengatakan bahawa dia saying akan Azmir
tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu pertelingkahan antara
Azmir dan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan
member salam.azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap
manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula.Azmir bertanya
tentang sebab Ani masih disisinya.Sewaktu itu,Azmir dan Ani bercakap tentang
cinta mereka dan makana cinta.Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat
luaran.
Setelah itu,Azmir dikunjingi oleh
doktor.Setelah memeriksa Azmir,doctor membenerakan Azmir bersiar-siar di
luar.Kesempatan itu diambil oleh Amir untuk keluar dari wad Hospital
Besar.Akhirnya,Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang
berlatih drama bertajuk Sasau.Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama
Sasau itu sesat.Malah,Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem
kehidupan,iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu Azmir memberikan pendaptnya
tentang sistem tersebut kepada para pelakon drama yang berlatih itu,kepalanya
berasa sakit.Setelah reda sakitnya,Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut
bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul.Azmir juga menjelaskan bahawa
dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu tidak ada yang sasau tetapi
yang ada ialah ketidakbenaran,kepalsuan,dan kepura-puraan.Azmir juga ditanya
tentang gila.Sebaliknya,azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi penderiataan
yang tidak ditanggung.Kemudian,azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga
berdarahAzmir menjelaskan bahawa tindakan menghantukkan kepala itu bukan kerana
gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak ditanggung dan tidak
terucap dengan kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan
menjelaskan keduduka sebenar Azmir.Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit
jiwa semula.Setelah itu,arif dan rakan-rakan pelakon mengunjungi ibu dan bapa
Azmir.Ibu bapa azmir menjelaskan bahawa keadaan Azmir begitu sejak tingkatan
enam dan semakin teruk semasa di universiti.Arif menasihati Ibu bapa Azmir
bahawa agar bersama-sama membantu Azmir.Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa
Azmir memerlukan kasih sayng,semangat dan perangsangnya,bukannya cemuhan dan
penghinaan.Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir menghadapi
suatu penderitaan yang tidak tertanggung.Arif menasihati ibu bapa Azmir agar
segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Di wad pesakit jiwa,Azmir berkhayal
dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah
hidupnya.Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan rebah ke lantai.Ani
yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri
di wad.Kematiaanya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak.Berita itu
membuat Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
2.0
Tema
Drama
“Bukan Gila” bertemakan perbezaan ideologi dan prinsip hidup setiap manusia
boleh menentukan kelainan tindakan dan cara hidup.Anak muda bernama Azmir
dianggap gila kerana mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza tentang
aspek kehidupan berbanding dengan orang lain.
3.0 Persoalan
Dalam drama “Bukan Gila” yang telah
saya pelajari terdapat beberapa persoalan yang di tujukan kepada
pelajar.Persoalan yang pertam adalah ketabahan seorang pesakit penyakit barah
otak melwan penyakitnya seorang diri.Contohnya,Azmir yang menghidap penyakit
barah otak melawan penyakitnya itu sendirian tanpa ibu dan bapanya mengetahui
kesakitaanya itu. ,malah,kekasihnya,iaitu Ani turut meninggalkannya.Disamping
itu,penghargaan seorang nak terhadap ibu bapanya.Contohnya,Azmir berterima
kasih kepada ibu dan ayahnya yang telah melahirkan dan
membesarkannya.Seterusnya,kepentingan cinta dan kasihnya sayang sesama
insan.Contohnya,azmir amat pentong bagi menjana kebahagiaan seseorang.Selain
itu,kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.Contonya,Azmir amat mencintai Ani
tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah
otak.Akhir sekali,sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap kesusahan dan
kesakitan orang lain.Contohnya,Azmr mempertikaikan Pak Haji yang tidak
mengambil peduli akan penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib
dengannya.
4.0 Plot
Plot drama ini disusun secara
kronologi.Bahagian pengenalan atau eksposisi drama mengisahkan watak Azmir yang
berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam
khayalannya.
Cerita sampai ke tahap perkembangan
apabila Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani,kekasihnya yang sudah
meninggakannya kerana Azmir dikatakan gila.Azmir juga berkhayal akan kehadiran
bapanya yang menziarinya di wad.Azmir bertelingkah degan bapanya kerana
beranggapan bapanya tidak sayangkannya.kemudian,Azmir berkhayal pula mengenai
Pak Haji melewatnya di wad.Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap
manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka.Azmir kembali
berkhayal bahawa Ani datang mengujunginya.Azmir mempertikaikan kata-kata cinta
ani terhadap dirinya.Selepas itu,doktor datang melawat Azmir di wad.DOtor memeriksa
Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siear di luar.
Cerita memasuki tahp perumitan
apanila Arif dan pelakon-pelako lin ingin memantapkan kefahaman tentang tauk
mereka,iaitu Sasau.Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan
pelakon-pelakon lain membuat latihan drama.Azmir mempertikaikan dialog drama
Sasau yang mengagungkan kuasa.Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah
sistem yang prorakyat.Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem
tersebut.Tiba-tiba Azmir berasa sakt dan meminta pelakon memicit kepalanya.Arif
memperakui bahawa dia dan rakan-rakannya dapat belajar sesuatu daripada Azmir.
Pada bahagian klimaks,Azmir
menghantuk-hantukkan ke lantai sehingga kepalanya berdarah.Azmir
berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di
pipinya.Arif dan pelakon-pelakon membantu Azmir.Selepas itu,doktor datang dan
membawa Azmir ke hospital semula.Azmir meminta Arif dan pelakon-pelakon lain
menolongnya.Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita
suatu penderitaan yang tidak tentenggung.Doktor mengatakan bahawa orang lgila
sememangnya pandai berkata-kata.
Cerita mencapai tahap peleraian
apabila Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu dan bapa Azmir di
rumah.Ibu dan bapa azmir menerangkan
keaadaan Azmir kepada arif.Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila
tetapi sedang menderita suatu penderitaan.Pelakon 1 meminta ibu dan bapa Azmir
agar membantu Azmir dengan Azmir di hospital sebelum terlambat.Di wad pesakit
jiwa,azmir mengimbau kenangan lalu antara dia dan Ani sewaktu mereka
bercinta.akhirnya,Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai.Ani yang berada di
rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang
dikatakan berpunca dari penyakit barah otak.Ani berasa bersalah dab berasa dirinya
bersikap kejam terhadap Azmir.
5.0 Teknik plot
Pelbagai
teknik plot atau teknik penulisan yang gigunakan oleh pengarang untuk
mengembang plot drama yang pertama adalah:
Teknik
dialog.
Ø Dialog
antara Azmir denga Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran
kekasihnya.Contohnya,
Ani:
Siapa kata abang keseorangan?Ini kan Ani,di sisi abang.
Azmir:
kau baru datang ya?jangan tinggalkan aku keseorangan,Ani.(hlm.83)
Ø Dialog
antara Azmir dengan doktor di wad pesakit jiwa.Contohnya,
Azmir:
Baik,doktor.Doktor?
Doktor:
Saya juga baik.Terima kasih.Encik Azmir suka tak kalau saya benarkan Encik
Azmir keluar bersiar-siar di luar sana?(hlm.89)
Ø Dialog
antara bapa Azmir dengan Arif semasa Arif dan pelakon-pelakon lain berkunjung
ke rumah Azmir.
Bapa:
Apa khabar.Maafkan pak cik,siapakah encik-encik ni?
Arif:
Saya dan yang lain-lain adalah rakan Azmir.(hlm.100)
Teknik
imbas kembali.
Ø Bapa
Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.Contohnya,
Bapa:
Dia mula jadi macam tu sejak tingkatan 6 lagi.Apabila dia masuk ke university,kelakuan
peliknya itu semakin menjadi-jadi.(hlm.100).
Ø Azmir
teringat akan peristiwa sewaktu kali pertama bertemu dengan
kekasihnya,Ani.Contohnya,
Azmir:
Ani,lupakan kau tentang pertemuan pertama kita dulu?Sesungguhnya,pertemuan itu
ialah pesona keghairahan yang sukar di tepis ingin kemuadaan yang saban waktu
bertiup.(hlm.104)
Teknik
monolog.
Azmir
bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.Contohnya,Ani lupakan kau tentang
pertemuan pertam kita dulu?(hlm.104)
6.0 watak dan perwatakan
© Azmir
Azmir
merupakan watak utama drama.Dia seorang anak muda yang menghidap penyakit barah
otak.Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa.Azmir menerima rawatan di sakt
jiwa di Hospital Besar.Dia bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.Oleh keran
itu,dia gagal memasuki tahun akhir pengajian di university.Azmir tidak mahu
mengikut nasihat ibunya dan dia bercinta dengan Ani tetapi Ani telah
meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak.Tambahan
pula,azmir boleh bercakap loghat Indonesia.
© Arif
Arif
merupakan pengarah drama Sasau.Arif prihatin terhadap keadaan Azmir.Arif telah
menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.Dia
seorang yang berjiwa besar,iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk
membantunya membikin drama Sasau.
© Doktor
Razi
Beliau
merawat Azmir dikatakan menghidap sakit jiwa.Doktor Razi tidak memahami
penyakit yang dialami oleh Azmir.Doktor Razi tidak bersikap baik terhadap Azmir
kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar.
© Ibu
Azmir
Beliau
telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu tingkatan enam.Beliau
tidak mampu engurus Azmir dan tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka
tinggal di rumah neneknya.Tambahan pula,Ibu azmir berasa malu dengan sikap
anaknya yang gila-gila
7.0 Latar
·
Latar tempat.
Latar tempat yang pertama adalah
semasa di wad pesakijiwa,HospitalBesar.Contohnya,Azmir dirawat di situ kerana
dikatakan sedang menghadapi sakit jiwa.Yang kedua,semasa di
pentas.Contohnya,Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau di pentas
tersebut.
·
Latar masa.
Latar masa yang pertama ialah pada
waktu siang.Contohnya,doktor memberikan kebenaran kepada Azmir untuk
bersiar-siar di kawasan wad sakit jiwa pada waktu siang.Di samping itu,latar
masa yang kedua adalah pada waktu latihan.Contohnya,Arif dan rakan-rakannya
berlatih drama berjudul Sasau pada waktu tersebut.Seterusnya,latar masa yang
ketiga ialah pada waktu tingkatan enam.Contohnya,Ibu Azmir mula mengesan sikap
gila-gila anaknya pada waktu itu.Selain itu,latar masa yang terakhir adalah
pada waktu belajar di university.Contohnya,sikap pelik Azmir semakin
menjadi-jadi semasa di university.
·
Latar masyarakat.
Dalam drama “Bukan Gila” karya
Sharif Shaary yang telah saya kaji,terdapat lima masyarat yag diketengahkan
oleh pengarang.Latar masyrakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin
terhadap keadaan sebenar yang dihadapi oleh orang gila.Contohnya,Arif memahmi
bahawa Azmir bukan gila tetapi dia sedang menanggung kesakitan.Disamping
itu,Masyarakat yang tidak setia.Buktinya,Ani telah meninggalkan Azmir yang
sedang menghidap penyakit sakit barah otak.Seterusnya,Mayarakat yang tidak
ambil peduli akan orang lain.Seperti,Azmir mengatakan bahawa Pak Haji tidak
pernah membedulikan orang yang senasip dengannya.Selangjut itu,golongan ibu dan
bapa yang tidak memberikan kasih saying yang cuku kepada anak
mereka.Contohnya,Arif mengatakan bahawa anak yang telah diberikan pendidikan
sehingga ke university oleh ibu dan bapanya tidak semestinya dapat menjamin
mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya.Akhir sekali,masyarakat yang
menderita sakit secara bersendirian.Hal ini demikian kerana,Azmir menderita
sakit barah otak tanpa diketahui dan difahami oleh ibu bapa dan kekasihnya.
8.0 Nilai
Dalam drama “Bukan Gila” karya
Sharif Syaary yang telah saya pelajari,terdapat lima nilai yang diutarakan oleh
pengarang.Nilai yang pertama adalah nilai keprihatina.Contohnya,Arif prihatin
akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.Arif juga memahami
bahawa Azmir tidak gila.Disamping itu,nilai kesetiaan.Contohnya,Azmir setia
dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani tidak datang
kepadanya walaupun hakikatnya,Ani telah meninggalkannya.Seterusnya,nilai baik
hati.Buktinya,doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dan telah membenarkan
Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.selangjutnya,nilai tanggungjawab.Sebagai
contoh,doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dan mencari dan
membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.Tambahan pula,nilai ilmu
pengetahuaan.Contohnya,Arif sanggup belajar daripada azmir yang dikatakan gila
bagi memantapkan drama Sasaunya.
9.0 Pengajaran
Dalam drama “Bukan Gila” karya
Sharif Shaary yang telah saya pelajari,terdapat lima pengajaran yang
ditonjolkan oleh pengarang.Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah
sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu
mereka.Sebagai contoh,Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menashati
ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum
terlambat.Disamping itu,kita seharusnya setia kepada pasangan supaya kita tidak
melakukan perbuatan khianat.Buktinya,Azmir setia terhadap Ani yang telah
menginggalkan setelah Ani beranggapan bahawa Azmir gila.Seterusnya,kita
sewajarnya bersikap baik hati kepada orang lain.Contohnya,doktor bersikap baik
hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan
hospital.Selain itu,kita hendaklah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar
dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.Buktinya,doktor amat
bertanggungjawab terhadap pesakitnya,iaitu Azmir dengan mencari Azmir yang
tidak pulang ke wad pesakit jiwa.Tambahan pula,kita mestilah berilmu dan
berpengetahuan untuk memahami kebenaran
dan kesalahan.Sebagai contoh,Arif sanggup belajar dengan Azmir yang dikatakan
gila kerana pandangan Azmir telah memberi Arif kefahaman akan maksud Sasau
dengan baik.
tq
BalasPadamThanks membantu sangat 👍🏻
BalasPadamTahniah di atas usaha. Namun secara keseluruhannya, ulasan saudara kurang tepat jika dilihat dari sudut kajian drama. Struktur kajian dan ulasan sangat longgar. Penggunaan istilah PLOT agak tersasar
BalasPadamSebagai seorang murid,nota ini sangat bagus untuk buay nota dan latihan
BalasPadamAnjay
BalasPadam